Friday, November 12, 2010

Sindrom ape?


..haih.. Rambut & Jerawat!
giha memang ada masalah berat dengan 2 perkara diatas.
Align Center
kalau nk diikutkan, muka ni bukan la spesis yg menghasilkan jerawat yg banyak.
tapi disebabkan tangan ni gatal nk korek and picit jerawat, maka merebak dan beranak2 la jerawat mengikut saiz dan kesukaannya.pasal ape? pasal tangan tak reti duduk diam. asik nk merayap je. asal usik pipi & dahi skit, ada mcm bijik2 yg kecik tak hengat tu, mesti giha korek sampai kluar. maka terhasil lah koyakan di wajah dan menjadi jerawat yg besar! padan muka aku!

lagi satu, kalau tgk gambar masa kecik2. kemain comel muka gua! huahuahuaa..
dengan rambut ala2 perang gitew! lurus dan mulus.
sekarang? rosak! hancus! jgn kata terbelah 2, siap terbelah 8 lagi ko!
giler laah. sebab ape? sebab tangan tak reti duduk diam. asal rasa rambut tu mcm tak lurus, ada unsur2 mcm rambut gatal je.. cabut! cabut! dan cabut! mcm dah nk botak dah gua rasa.
kalau sehari tak cabut rambut, rasa mcm tk selesa.

ade gak cuba nk brenti dan kurangkan tabiat buruk nih. tapi rasa mcm penagih dadah plak.
parkinson je tangan ni kalau tak usik sesuatu. haha. dulu mak selalu bising, dan tegur tangan tu jgn selalu kat atas. pastu mak dah mls nk guna kan mulut dia. asal nampak je dia terus cubit.
skang ni langsung dia tak peduli dah! haha bebuih mulut dia nasihat. tak jalan gak! sory mak :P
kadang2 gua tak sedar. tau2 je tangan dah ada kat kepala dan muka. magic tak?

nk tau bile time2 best picit jerawat ngan cabut rambut?

1- haa.. time tgh berfesbuk n berblog. asal nk komen je, cabut rambut satu dlu.
tak pun picit satu2 jerawat.. baru bls komen.

2-takpun time tgk tv, duduk saje2 tgk tv, tangan pun berjalan.kadang2 takde jerawat pun gua korek gak! adoii!

3- time main game, sebelah kanan pegang mouse, sebelah kiri cabut rambut (punya la expert dlm bidang cabut rambut sampai sebelah tangan pun jadi)

4- kat tempat keje.. dah takder keje langsung. besandar kat kerusi, borak2 ngan jiran kiri kanan sambil tangan merayap ke muka atau ke kepala.

5- time nk tido. sementara mata tekebil2 nk tido. tangan pun merayap jugak. dulu guna cermin. skang ni didalam gelap pun dah boleh agak dimana location jerawat dan location rambut rosak.

6- time tunggu traffic light. sempat gak selai 2 rambut tercabut.

7- time mekap. sikat2 rambut. mesti ada je perasan jerawat dan rambut yg rasa nk dicabut.
kadang2 rambut sehat yg lurus tak hingat pun gua cabut gak!

8- time bercakap dengan customer. siap bole hold customer dlu sebab nk picit jerawat!

9- time baca majalah/surat khabar. majalah letak atas meja. tak perlukan tangan utk pegang. kerana tangan diperlukan utk mencabut rambut.

10- huh! sementara nk tulis list yg ke-10 nih, dah berapa helai rambut gua cabut dah!

akhirnya gua sedar selepas membaca sebuah majalah bahawa apa yg gua alami ni adalah satu penyakit atau pun sindrom.. bukan sindrom down tau! gua lupa nama sindrom tu hape.
biar la gua namakan sebagai sindrom tangan tak reti duk diam!

1 comment:

Lulu Caldina said...

adeh penyakit atau habit..ada bbrp tu kena juga dgn kita..nape eh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...