Saturday, August 28, 2010

biskut suji dan minyak sapi QBB


.. dari first puasa dah rancang nk buat beskot raya..
punya la exited lebih2 lg nk buat beskot suji.
pagi tadi pg mydin usj beli la MINYAK SAPI jenama QBB sebab nk buat beskot suji.
sampai rumah, my bro suruh check website JAKIM and gua pun search web ini.

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Sekian, terima kasih.


"dipetik dari laman web JAKIM" oh my GOD!! nasib baik tak buat lagi.. Sesungguhnya gua naif dalam isu semasa mengenai HALAL ini. :(


CAP gesa tarik balik minyak sapi QBB

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB di pasaran.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ia berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menarik balik status halal minyak sapi itu kerana didakwa mengandungi elemen yang meragukan.

"CAP telah berhubung dengan Jakim bagi mendapatkan kesahihan status halal minyak sapi itu sejak Julai lalu.

"Jakim menjelaskan bahawa mereka telah menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga yakin dengan status halal produk tersebut," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Menurut beliau, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi itu sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.

Sementara itu, Jakim menerusi laman web www.halal.gov, turut mengumumkan pihaknya telah menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. berkuat kuasa 19 Ogos lalu.

"Tindakan itu diambil sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan. Oleh itu, QBI Packaging Sdn. Bhd. dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk minyak sapi QBB," katanya.


*sebar2kan kepada sesiapa yg tidak tahu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...