Friday, October 22, 2010

Lepak - lepak bersama Tun Siti Hasmah





..yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
gua rasa mcm tak percaya je..
hehehe.. korang jangan jeles tau.
hahahaha

hari selasa hari tu, gua ada la tolong si Mamat kat studio.
ada rakaman koir utk ahli BAKTI (utk isteri2 menteri)
gua tak sangka Tun ada datang.
Ya Allah.. gembira nye hati gua hari tu..
hahahah. kalo korang nk kata gayat ikut suka laa.
yg penting gua sangat happy senyum sampai telinga .

mane tak senyum n happy nye,
dari Tun sampai studio, sampai la balik nye, gua follow je dia. hahaha
gua tlg hantar dia g toilet, pegangkan tangan dia, coz dia tak berapa nk larat but still steady.
pastu gua bawa ke meja makan. gua hidangkan makanan.
dia nk makan nasik tompang, yg ada ikan tenggiri,
gua yg asingkan tulang2 dari ikan tu. pastu gua hidang air utk dia.
hahahahha.. gua rasa mcm tengah layan puteri kayangan.

sememangnye gua memang kagum dan hormat dengan dia
walau pun tak pernah jumpa, gua rasa dia mcm ada sifat keibuan
bile dah jumpa depan2, memang sikap keibuan dia dlam sangat
lemah lembut, bijak berkata2, every word yg keluar dari mulut, semua enak didengar


yang paling best, Tun mainkan 3 lagu utk kitorang.
tu pun puas paksa dia. memula dia tanak. dia ckp tak tau main,
last2 bila bawak ke bilik keyboard, sekali 3 lagu dia layan. hahah
hebat!

Lepas Tun dah balik, semua recording sudah selesai, gua pun menjaming kan diri! huhu
lama tak jam bersama rakan2. huhu

*gua mcm angau kat Tun. hahah giler!

alasan temuduga.. ahaha

Thursday, October 14, 2010

nk balik kampung..



Raya aritu last gua balik kampung. Malam ni gua nk balik semula
ahhhhhhhhh rindunye ngan kampung.
hehe tengah tunggu abang gua dari Perak ni, nanti terus gerak sekali. lambat sungguh.
sempat lagi post entry. hahaha

..dah itu kerja dia..

Bos Besar: Orang Berjawatan Tinggi, saya nk awak pantau semua Orang Pekerja Bawahan supaya lebih komited terhadap kerja dan jangan asyik bermain FB saje! Saya nak awak bagi amaran kepada meraka beserta warning letter!! Kalau tak, Orang Berjawatan Tinggi akan dapat warning letter dan dibuang kerja!!!

----> dah tu keje dia bg arahan

Orang Berjawatan Tinggi: Kepada semua Orang Pekerja Bawahan, kita harusla bekerja kuat demi syarikat kita.
Kita haruslah tingkat kan produksi supaya syarikat lebih maju dan sukses.. Jadi kurangkan la bermain FB.
kita mampu lakukannya...

-----> dah tu keje dia ikut arahan

Orang Pekerja Bawahan: Ellehhhh.. Orang Berjawatan Tinggi ni, ada pangkat sikit nak tunjuk lagak! ko ingat ko sape? bagus sangat ke ko? ko jilat je la Bos Besar ko tu...kecoh!.. tak sporting langsung! suka jaga tepi kain orang! kaki report!! kaki bodek!!

-----> dah tu keje dia ngular,tido,mkn,fb,ngumpat,buat cerita,komplain..komplain..komplain..



*anda buat - anda dapat.

Wednesday, October 13, 2010

Selamatkah kita kalau ke stadium?


..gua bukan nk ckp ape..
hati ni teringin nk pg tengok bola kt stadium
nk rasa ke'best'an aura stadium la katakan..
tapi apa yg gua peratikan skang nih..
asal lepas perlawanan beberapa negeri yg beraksi je..
mesti ada pergaduhan, baling2 botol, mercun dan lain-lain lagi
persoalannye skang nih..
TERJAMIN KAH KESELAMATAN KETIKA DIDALAM STADIUM??

gua takut jadi mangsa keadaan je
contohnye mcm orang lain yg gadoh, orang lain yg kene
tak pun pasukan pilihan kalah, lepastu frust..
lepaskan tekanan..
musnahkan barangan sang lawan
pecahkan cermin keta pihak lawan,
calar balarkan kereta
tak pun musnah kan stadium... kan ke rugi kerajaan negeri nk tanggung semua?

kan ke orang yg tak besalah menjadi mangsa?
mungkin tak semua orang/semua perlawanan yg mencetuskan pergaduhan
tapi mana tau time gua tgk bola plak laaa nk ada gadoh2 kan?
so gua mengambil keputusan tgk kat tv je.
sedih :(

ape2 pun gua masih ada semangat kesukanan malaysia di dalam diri ni
cuma takot nk pg stadium je!



*masih berfikir nk tgk n9 lawan kat bukit jalil atau tidak =)

Tuesday, October 12, 2010

sakit hati gua!

..apehal plak nih..
gua menci btol orang suka buat jahat dekat katak!


uncle ni selamber je mkn katak! sakit hati gua tengok nye!

yang ni siap buat satay katak! keji!


katak masak berempah! huh!! huh!

katak ready to masak! argh!! pening la ngan orang mkan katak nih!


cuba jadi cam gua, simpan dan belai2 si manja.. ahak!!

Monday, October 11, 2010

gambar kemalangan maut Melaka 10.10.10

sesiapa yg lemah semangat sila jangan tengok..

ada beberapa gambar sahaja yg dpt gua share, kalau nk tengok gambar penuh, sila ke SINI

..kemalangan yg menyayat hati di Melaka.. [UPDATED]


15-oct-2010
-------------------
Al-Fatihah utk adik mu azie. Tuhan lebih menyayangi nya. Setelah genap 5 hari bertarung nyawa
dari tarikh kejadian 10.10.10. - 15.10.10.
Aku harap ko tabah dengan dugaan dari Allah ini.
Aku harap ko teruskan hidup ini demi Ma dan abang.
banyak-banyak bersabar. aku sentiasa menyokong mu dari belakang.
aku harap owner Bas Delima tu ada tolong keluarga ko.
aku sayang ko..take care azie :(
-------------------------------------------------


Kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, petang semalam.


my best friend FB status malam tadi:

"adek aku Sha Mia excident...aku tatau keadaan dia..camne...sekarang dia dihospital melaka..kawan2..doakan adek aku selamat....aku masih tak dapat maklumat adek pasal ade patient takde ic..doakan adekku selamat sedihhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!"

giha lalala: semoga adik mu baik2 aja.. aku disini tumpang sedih :((

bestfriend: lingkup bas ko tau..2bus,3kete,1van kt simpang 4.aku tkot aku call da hspital.xde name adk aku,tp ade patient xde identiti kt zon merah..remaja.aku tkot tu adk aku..ya ALLAH..aku sok nk trun sane.

giha lalala: ishh ini kes teruk nih.. sabar mung. harap2 itu bukan adik ko.
doa byk2.. kalau bole, cuba call lg sekali hosp tu utk double cnfrm..

Align Center(masa gua msg2 kat wall FB dia, gua tak tau lagi sebenarnya ada kemalangan ngeri kat Melaka)
bangun pagi nih, baru tahu :((
gua harap2 sangat yg dlm bus tu bkan adik dia. :((




Sunday, October 10, 2010

demam. alone. no car. hungry. sleep.


..baca tajuk entry je rasanye dah tau apa yg terjadi pada diri gua seharian ini..
huhu
tekak ni tak berapa nak elok plak.. selsema lagi, so bile 2-2 ni bergabung,maka terhasil lah pening2 dan demam.
dah la duduk umah sorang-sorang. kakak and abg gua, pagi2 lagi dah hilang g mana ntah.
adik pulak pg kenduri. pakai kereta gua.
dah la lapar. kat umah takde apa nk masak.
terpaksa la gua sambung tido.. tido.. tido..


*tadi tengok angkasawan kawen kat tv3. tak sabar plak nk kawen nih! haha

Friday, October 8, 2010

terima la hakikat oii!


..haha..
ni bangsa2 manusia yg tak leh terima hakikat.
ahaks. ada kah anda pun sama jugak?

pompuan: asal nampak cermin je, belek2 sket mula bising, lemak naik sana sini la.. body takder shape la.. berat badan naik la.. nk diet la.. baju tak muat la...pot pet.. pot pet..

lelaki: asal nampak cermin je, belek2 sket tak byk ckp punya, "abang taf tak?"

Korang rajin sikat rambut?



..gua tak rajin..
hahah senang dan ringkas jawapanku itu!

kadang2 tu pergi keje pun tak sikat rambut. haha
bukan malas.
bukan tak sempat.

gua memang tak suka.
kadang2 je rasa nk sikat, gua sikat la.
kalau tak sikat, gua kadang2 ikat gulung2 je rambut tu,
tak pon gua lepaskan mengurai macam hantu
hahaha.


last2 baru gua tau nape gua tak suka sikat rambut!
sebab:
gua suka cabut rambut. jadi kalau sikat kasi kemas, gua tak usik rambut.
kalau tak sikat, gua ada masa dan peluang utk cabut rambut.

oh! gua memang ada sindrom suka cabut rambut.

Wednesday, October 6, 2010

makan..dan..makan...

..huhu.. beberapa hari tak hupdet blog.. agak bz dan ada sedikit kemalasan.
huhu..dlm bz2 tu gua sempat masak beberapa makanan tuk mengisi perot ku yg comel ini.
mempersembahkan:

...masakan buatan sendri. hahah...


... pucuk paku goreng pedas...


..sup ayam..


Saturday, October 2, 2010

Sarapan Pagi

selamat pagi semua, korang dah sarapan ke?

sarapan pagi bagus utk kesihatan. tak payah amik berat2 sangat pon takpe,
asalkan perot kita tu beralas selepas beberapa jam tido tanpa makan apa2.
so pagi2 ni kalau kita cuba roti telur ngan teh o perisa vanilla pun layan gak!
fuhhh.. aroma vanilla menusuk qolbu! ahaks.

*selamat bersarapan :)

Friday, October 1, 2010

Minum Teh Hari-hari

..teh?..

*
*


*
ada orang yg tak suka minum teh?
ada orang yg suka minum teh?

*
yeahh.. gua memang suka minum teh.
tapi cuma teh o saja!
teh susu? oh! tidak!

*

gua ada byk koleksi teh.
korang berani mencuba macam2 perisa teh tak?
sape yg tek penah rasa tu, why not cuba sekarang

*

petang2, layan teh o, pagi2 layan teh o, mlm2 layan teh o,
kenapa gua tak bosan dengan teh o? sebab gua tukar2 perisa,
pagi petang malam cuba perisa yg lain.

*

mari kawan2, kita amalkan cara minum yg sehat,
amalkan minum teh selalu
info pasal teh : Amalan minum teh utk kesihatan


*amalkan minum dengan gula yg kurang, kalau takde gula lagi bagus :) selamat mencuba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...