Tuesday, November 9, 2010

Insiden bersama burung yg tidak bersalah


kepada yg dah baca status Fb giha minggu lepas..
mesti dah tau sket2 perjalanan cerita mengenai burung itu.
entry kali ni giha nk ceritakan dlm full version. haha igt DVD je ke ada full version?
huhu

Ceritanya cengginih.. memula giha bawak kete dengan perlahannya, sebab kete kat depan gile slow.
dah la duduk kat lane laju. boleh lagi borak2 ngan brader sebelah dia sengih2 gelak2 bla bla..
pastu giha geram lalu memotong beliau disebelah kiri jalan (amaran! jgn tiru aksi ini)
dalam usaha memotong kenderaan disebelah kiri, giha membelok semula ke sebelah kanan.

nk dijadikan cerita sedih.. ( cuba bayangkan irama kat dlm drama sedih nangis2 tu..)
terbanglah seekor burung betol2 ditengah jalan, barangkali ada cacing di jalan daa!
hmmm.. memang tak sempat nk ngelak la!. burung tu pun sempat berpaling kepadaku
sebelum tayar kereta giha melekat dibadannya. rangup sekali bunyi tulang2 burung ituh.
penyet! :(

Ya Allah! ape aku dah buat nih? (berkata didalm hati)
Burung.. ampo0n kan aku, aku tak berniat nk bunuh kamu.
rasa bersalah menyelubungi hati.
tapi perjalanan masih diteruskan ke tempat kerja
walaupn hati berdebar kencang.
seharian di ofis tak keruan. rasa bersalah sungguh.
walau pun ditenangkan oleh rakan sekerja bahawa itu sudah takdir dan ajal burung itu.
giha tetap rasa bersalah.

balik dari kerja. lalu dekat jalan yg sama. toleh ke seberang jalan.
mane la tau ada lagi ke mayat beliau, bole kutip dan tanam. tak jumpa.
sampai umah, giha jemput adik yg nk pg potong rambut.
lalu dekat jln yg sama gak. dengan harapan nk tgk "beliau", siap rakam pakai hp
kat tempat kejadian. cuma bekas tompokan darah yg kecil yg kelihatan.
mana burung nye?
rupanya burung dah penyet sangat kt tepi jalan. mungkin dilanggar oleh kenderaan yg lain
selepas giha. :(
tak dpt nk kutip sebab kereta byk sangat dan laju.

*Kepada encik burung, giha mintak maaf banyak2.
tak sangka akan jadi begini.
redha dengan takdir dan ketentuan tuhan.
semoga tenang2 aja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...