Tuesday, August 31, 2010

shoping.. shoping. shipong..

..penatz..
tu je yg dpt aku gambarkan..
tapi shoping nye pasal, sanggup ku tolak ketepi. ahhaha.
pukul 8pagi je *singa dah mengaum (* merujuk kepada kakak ku yg garang/suka meleter)
bangun! bangun! siap cepat.. pukul 9 mesti ready dlm kereta!
hahahahha.. beriya iya ipin btol nk g shoping. ye la.. suma orang nk gerak awal sebab nk elak jam n nk elak jam dlm SOGO. mcm2 yg kitorang shopingkan. hehe *tidak boleh dinyatakan.. nanti tidak suprise!! haha

igtkan kitorang je yg pikir nk cepat takut jam.. cuba bayangkan.. kalau 10000 orang islam nk sambut raya and pikir bende yg sama nk pg soping kat SOGO.. maun nye tak jam masa yg sama gak!! hahaha

hahah syukur dapat semua yg dihajati. balik rumah semua lopek mcm lepat pisang. kepenatan.
mlm ni pas berbuka nk pg serang TESCO plak. sempena hari MERDEKA nih, dorang bg club card point 2x ganda.
heheh so pg je la mengambil peluang yg ada.

oh ya! SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG ke-53!
1 Malaysia! 1 Malaysia! 1 Malaysia!


Monday, August 30, 2010

fikiran bercelaru

.. hahah jarang sekali gua berperasaan celaru nih..
perkataan ni lagi la jarang sekali di gunakan.. huhu
tapi hakikat nye gua celaru!! benar. celaru!
tapi gua anggap ni dugaan di bulan puasa.
thanks kepada yg memahami.
sukar utk membuat keputusan.. tetapi keputasan belom di putuskan. haha camne tuh?
makne nye..takder ape2 la.. tnpa keputusan. heheh mesti korang tak paham..
takpe.

Saturday, August 28, 2010

biskut suji dan minyak sapi QBB


.. dari first puasa dah rancang nk buat beskot raya..
punya la exited lebih2 lg nk buat beskot suji.
pagi tadi pg mydin usj beli la MINYAK SAPI jenama QBB sebab nk buat beskot suji.
sampai rumah, my bro suruh check website JAKIM and gua pun search web ini.

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Sekian, terima kasih.


"dipetik dari laman web JAKIM" oh my GOD!! nasib baik tak buat lagi.. Sesungguhnya gua naif dalam isu semasa mengenai HALAL ini. :(


CAP gesa tarik balik minyak sapi QBB

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB di pasaran.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ia berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menarik balik status halal minyak sapi itu kerana didakwa mengandungi elemen yang meragukan.

"CAP telah berhubung dengan Jakim bagi mendapatkan kesahihan status halal minyak sapi itu sejak Julai lalu.

"Jakim menjelaskan bahawa mereka telah menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga yakin dengan status halal produk tersebut," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Menurut beliau, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi itu sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.

Sementara itu, Jakim menerusi laman web www.halal.gov, turut mengumumkan pihaknya telah menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. berkuat kuasa 19 Ogos lalu.

"Tindakan itu diambil sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan. Oleh itu, QBI Packaging Sdn. Bhd. dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk minyak sapi QBB," katanya.


*sebar2kan kepada sesiapa yg tidak tahu.

Friday, August 27, 2010

Artikel... Mengapa Yahudi Bijak?

Ada satu article menarik gua nk share dekat sini.. sangat menarik.. tapi bile sebut perkataan yahudi boleh jadi ramai yg jelik n benci.. apa kata kali ni kita buka minda kita skit dan bagi ruang utk kita mengetahui sesuatu info yg bernas.. article ni takde kaitan dengan politik + agama + bangsa.. hanya pengetahuan am yg kadang2 kita tak perasan ianya ada sesuatu yg amat bermakna dan berguna,, :p

"Mengapa Yahudi Bijak?"

Hampir 70% perniagaan didunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.....

article lanjut sile klik di sini :P panjang sangat.. tapi pesanan gua.. kita cuba amik apa yg baik dan masih boleh diterima akal sahaje! peace!!

Thursday, August 26, 2010

miss u... moncet!

ermm.. tadi citer2 pasal binatang peliharaan.. teringat plak kat arwah moncet ku..
moncett.. saya rindu awak.. tapi awak tak bole kembali.. :(
nasib baik saya ada moncet baru.. moncet 2 & moncet 1. :P
tapi moncet2 baru ni tk sama mcm awak..
miss u moncet!!



*moncet: binatang peliharaan kuh!

Wednesday, August 25, 2010

beskot raya

...huh! penat btol buat beskot raya nih...
dengan di bantu oleh seorang budak. siapa lagi kalo bukan minah senget tu..
kecoh btol nk masukkan itu.. nk masukkan ini. nk rasa.. nk tambah itu ini..
padahal buat beskot biasa je . ahhha tangan berjalan.. mulut becakap. hahaah

tapi rasanye mcm tak mantap sangat la beskot tadi..
sok gua nk cuba beskot yg lain gak..
sape2 ada resipi yg mantap2 tu..share la kat saya ni ha :)

Tuesday, August 24, 2010

lagu raya :)

..syahdu nye.. mlm2 gini dengar lagu raya sambil lepak-lepak kemas umah..
tak sabar nk balik kg beraya.. hehehe.. cuti raya dah approve. raya sakan tahun nih..
yg paling best.. b'day gua time raya ke-3. huhu sekali buat rumah terbuka la :)
selamat hari raya :) ( lg 2 minggu je kot!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...